Anda di sini

Remaja mengaku salah melupuskan barang curi

Advertisement

MIRI: Seorang remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret pagi semalam terhadap tuduhan melupuskan barang curi.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 27 Februari ini untuk mendengar laporan sosial tertuduh.

Arddy Gapor, 20, dari Kampung Tunku Abdul Rahman Lambir di sini didapati telah melupuskan harta curi iaitu satu unit silinder gas berwarna kuning bernilai RM150 kepada Ahmad Shauqi Mohamad Jamil.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2.30 pagi, 6 Februari lalu di sebuah rumah di Kampung Tunku Abdul Rahman Lambir di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Advertisement