Anda di sini

Lelaki kena ragut ketika buka pintu pagar rumah

Advertisement

SIBU: Seorang lelaki berumur 31 tahun kerugian RM150 dan sebuah telefon bimbit selepas beg sandangnya dilarikan oleh dua lelaki ketika mangsa membuka pintu pagar rumahnya di Jalan Merdeka, awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada jam 6.30 pagi itu, beg mangsa yang diletakkan di dalam bakul motosikalnya telah dirampas oleh salah seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta Proton Gen 2 berwarna jingga.

Pengadu yang mendapati begnya dilarikan bertindak mengejar kereta tersebut dengan menaiki motosikal sehingga ke Jalan Layang-Layang.

Bagaimanapun, selepas mangsa berjaya memintas kereta tersebut, salah seorang lelaki di dalam kereta tersebut telah menghalangnya dengan membaling batu bata ke arahnya yang menyebabkannya hampir terbabas.

Pengadu memberitahu, dia juga dilanggar oleh kereta tersebut yang menyebabkan motrsikalnya mengalami kerosakan kecil pada cermin pandang belakang.

Bagaimanapun, kereta tersebut telah menghilangkan diri selepas pengadu gagal mengejar mereka.

Namun pengadu mengikut nalurinya untuk mencari penjenayah tersebut, tetapi akhir terjumpa beg sandangnya dihumban di tepi jalan.

Selepas memeriksa beg sandangnya, pengadu hanya mendapati kad pengenalan dan lesen memandunya sahaja, namun wang tunai sebanyak RM150 didapati hilang.

Pengadu telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentral pagi semalam.

Dia menambah kereta Proton Gen2 yang tidak menggunakan nombor plat pendaftaran mempunyai kesan kemek di bahagian pintu depan sebelah kirinya.

Advertisement