Anda di sini

Kehadiran Ketua Menteri meriahkan ulang tahun ke-35 BDA

Advertisement

SELAMAT ULANG TAHUN: Taib bersama Jabu serta kenamaan lain memotong kek Ulang Tahun Ke-35 BDA dan 50 Tahun Sarawak Merdeka Dalam Malaysia pada majlis tersebut.

BINTULU: Sambutan Ulang Tahun Ke-35 Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan 50 Tahun Sarawak Merdeka Dalam Malaysia meriah dengan dihadiri oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Pengerusi BDA dan menteri-menteri kabinet negeri di Dewan Suarah, malam kelmarin.

Upacara sambutan di-mulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti persembahan koir, bacaan doa, jamuan makan malam dan tayangan video tentang Bintulu dan kemajuan yang dicapai bandar ini termasuk sejarah penubuhan BDA yang diterajui oleh beberapa pengurus besar.

Acara memotong kek dan pelancaran Daftar Kata Bahasa Vaie-Bahasa Melayu turut diadakan yang mana sebagai simboliknya upa-cara penyerahan buku daftar kata itu disampaikan oleh Pemanca Rosli Kamaruddin kepada Taib.

Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh artis jemputan.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Pa-tinggi Tan Sri Alfred Jabu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua merangkap Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Advertisement