Anda di sini

Jabu beri sokongan penuh kepada Adenan

Advertisement

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang semalam menyatakan sokongan penuh terhadap pilihan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang melantik Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu.

Beliau turut melahirkan kegembiraannya tehadap keputusan Majlis Kerja Ter-tinggi yang memberikan mandat sepenuhnya kepada Ketua Menteri untuk memilih sendiri penggantinya.

“Saya akan meletakkan sokongan penuh kepada Tan Sri Adenan sebagai Ketua Menteri baharu kerana kita tetap sepasukan dan sokongan diteruskan sama seperti Ketua Menteri dahulu.

“Justeru, saya berharap beliau akan meneruskan pembangunan, keamanan dan keharmonian pelbagai kaum yang kita nikmati di Sarawak hari ini,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin di Astana, semalam.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Taib yang telah mentadbir negeri ini dengan cemerlang.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pehin Sri yang di atas kepimpinannya yang cemerlang, penuh sabar, kefahaman dan tanggungjawab menjadikan Sarawak seperti hari ini,” ujarnya.

Advertisement