Anda di sini

IPD Samarahan dalam proses pembesaran

Advertisement

KOTA SAMARAHAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Samarahan kini dalam proses pembesaran bagi menampung kepesatan pembangunan di bahagian ini.

Ketua Polis Daerah Samarahan DSP Lee Chong Chern berkata, perkara itu secara tidak langsung menjadikan tugas-tugas polis kian mencabar.

“IPD (Samarahan) dalam proses pembesaran, beban kerja pun bertambah.

“Apapun, anda semua perlu bersiap sedia menghadapi cabaran kini dan masa akan datang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan jamuan sempena Tahun Baharu Cina yang julung kali diadakan di Dewan Serbaguna IPD Samarahan di sini, semalam.

Hadir sama Penghulu Samarahan Chai Hen Fui dan Ketua Bahagian Cawangan Khas Samarahan ASP Mohd Ibrahim Jalaluddin Lee turut menjangka semakin ramai masyarakat luar akan berkunjung ke Bandar Ilmu itu dengan wujudnya pusat beli-belah di situ.

Kedatangan pelancong turut dijangka melonjak apabila taman tema air dan hotel di Samarahan siap kelak, jelasnya.

Untuk itu, katanya, polis Samarahan akan menggunakan khidmat Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SPDRM) untuk melakukan rondaan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti.

“Bahagian penugasan itu kita perlu bincang dan rancang dengan teliti bagi memastikan khidmat tersebut digunakan secara efektif dan efisien,” katanya.

Beliau yang memberitahu kadar jenayah di Samarahan terus menyaksikan penurunan, bagaimanapun tidak mengulas lanjut.

Advertisement