Anda di sini

BiFA anjur Kursus Pengadil Bola Sepak, Futsal dan Match Inspektor 16-18 Februari

Advertisement

BINTULU: Persatuan Bola Sepak Bintulu (BiFA) akan menganjur Kursus Pengadil Bola Sepak, Futsal dan Match Inspektor Peringkat Negeri Sarawak pada Februari ini.

Kursus Pengadil Bola Sepak akan diadakan pada 16 hingga 18 Februari; Kursus Futsal pada 19 hingga 21 Februari dan Kursus Match Inspektor pada 17 hingga 19 Februari bertempat di Bilik Mesyuarat Dewan Suarah dan Padang Dewan Suarah di sini.

Setiausaha Kehormat BiFA, Mohd Zaifulfadillah Junaidi berkata, kursus itu akan dikendalikan oleh Pegawai Pembangunan Pengadil Sarawak, Marsid Dahalan sebagai tenaga pengajarnya dengan dibantu oleh Teo Bee Teck.

Justeru katanya, untuk pertanyaan dan pendaftaran boleh menghubungi Shamsudin Tuah di talian 013-840-2066, Mohd Fathullah Ismail (013-5712040)dan Lizawati Sedi (013-8143004).

Katanya, pendaftaran peserta boleh di buat sebelum 17 Februari dan kursus pengadil pula terbuka untuk disertai oleh mereka yang berminat menjadi pengadil.

Sementara itu katanya, Majlis Makan Malam Amal BiFA yang sepatutnya dilangsungkan pada 22 Februari ditunda ke 2 Mac depan namun venue majlis tetap diadakan di Hotel Parkcity Everly Bintulu di sini pada jam 7.30 malam.

Katanya, majlis itu adalah untuk meraikan 30 anak yatim yang terpilih di sini melalui penyampaian beberapa sumbangan.

Selain itu katanya, aktiviti lain yang turut diadakan ialah lawatan ke Hospital Bintulu, Derma Darah, Pelancaran Liga Petronas Bintulu 2014, Pertandingan Karaoke dan Ratu Kebaya.

“Sesiapa yang ingin turut serta dalam aktiviti itu boleh menghubungi Rodzaidah Hipenie di talian 019-6515782 dan Ali Sabri Saber Ali Khan (016-8738604),” katanya.

Beliau berkata, antara tetamu kehormat yang dijangka hadir pada majlis malam itu ialah Menteri Muda Kemudahan Awam(Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi) merangkap Menteri Muda Pembangunan Belia (Luar Bandar) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kemena, Datuk Dr Stephen Rundi Utom; Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datu Sudarsono Osman dan Pengurus Besar Petronas Pejabat Wilayah Sarawak, Shamsur Taha.

Advertisement