Anda di sini

Timbalan Perdana Menteri tiba petang ini untuk lawatan kerja hingga Jumaat

Advertisement

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini petang ini bagi acara lawatan kerjanya selama tiga hari hingga Jumaat.

Beliau yang dijadualkan tiba pada jam 6 petang akan mengadakan perjumpaan khas bersama presiden parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri di sebuah hotel.

Pada tengah hari Khamis, Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan perjumpaan khas dan makan tengah hari bersama Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Susulan itu, petangnya beliau akan melakukan tinjauan mesra di Pasar Raya Emart Matang dan seterusnya menghadiri sesi dialog bersama Persatuan Pengguna, Persatuan Penjaja dan Persatuan Pembekal Sarawak.

Dalam sesi lawatan kali ini, beliau juga akan menghadiri perjumpaan khas bersama kepimpinan dan jawatankuasa parti komponen BN negeri pada malam hari yang sama.

Manakala pada pagi Jumaat, beliau dijadualkan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lundu.

Sebelum berangkat balik ke ibu negara, Muhyiddin akan menunaikan solat Jumaat diikuti Majlis Kenduri Rakyat di Masjid Darul Taqwa.

Advertisement