Anda di sini

Rumah ahli perniagaan diceroboh

Advertisement

SIBU: Sebuah rumah terletak di Jalan Kenari dipecah masuk pencuri yang melarikan dua buah beg mengandungi pasport, dompet dan dokumen pejabat.

Kejadian itu disedari oleh pengadu, seorang ahli perniagaan apabila dia mendapati telefon bimbitnya hilang selepas bangun pada pagi Khamis lalu.

Curiga sesuatu yang tidak baik berlaku, dia kemudiannya mendapati dua buah begnya juga hilang.

Dia percaya pencuri berjaya memasuki rumahnya melalui tingkap di belakang rumah.

Pagi Isnin lalu, jiran sebelah menjumpai buku pasport milik pengadu di kawasan lamannya dipercayai dicampak oleh pencuri di situ.

Advertisement