Anda di sini

Polis Marin rampas 2,000 balak pelbagai jenis, saiz

Advertisement

SARIKEI: Lebih 2,000 batang balak pelbagai jenis dan saiz dirampas oleh sepasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarikei dalam ‘Ops Cantas’ dilancarkan pada Ahad lalu.

Rampasan itu dilakukan di satu lokasi kawasan simpanan sementara balak di Sungai Anap, Selalang.

Turut dirampas sebuah jengkaut dan sebuah treler yang sarat dengan muatan kayu balak.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati semua kayu balak pelbagai jenis dan saiz itu tidak mempunyai dokumen sah dan disyaki diperolehi secara haram.

Semua barangan dirampas dianggarkan bernilai RM590,000 dan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sarikei untuk tindakan lanjut.

Advertisement