Anda di sini

Pemilik akaun FB ‘Man Namblast’ ditahan

Advertisement

KUALA LUMPUR: Polis menahan pemilik akaun Facebook yang memuat naik status menyentuh sensitiviti agama dalam akaunnya semasa sambutan perayaan Thaipusam Januari lepas.

Penangkapan suspek yang menggunakan nama ‘Man Namblast’ dalam Facebook itu disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun twitternya petang kelmarin.

Bagaimanapun, tiada maklumat terperinci didedahkan berkenaan tangkapan itu.

Pada 17 Jan lepas, suspek memuat naik status yang menyentuh sensitiviti penganut Hindu semasa sambutan Thaipusam, dalam akaunnya. — Bernama

Advertisement