KUCHING: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sarawak sedia untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian sekiranya mendapat persetujuan daripada parti pembangkang yang lain.
Pengarah Pilihan Raya PAS Sarawak Mohamad Fidzuan Zaidi berkata, perkara itu perlu dibincangkan dengan teliti dalam parti pakatan pembangkang lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebelum sebarang keputusan dibuat.
“Memang kita berminat. Tetapi kita juga ada parti dalam Pakatan Rakyat yang mungkin berminat untuk bertanding di kerusi tersebut, justeru perkara ini elok di-bincangkan terlebih dahulu,” katanya pada sidang media di Pejabat Badan Perhubungan PAS Sarawak di Taman Matang Jaya di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Pene-rangan PAS Negeri Andri Zulkarnaen Hamden @ Abusiraj Almuner.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada PAS akan meletakkan calon jika Pilihan Raya Kecil (PRK) di Balingian diadakan apabila Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud meletak jawatan pada hujung bulan ini.
Ditanya mengenai per-sediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), Fidzuan berkata parti menyasar untuk meletakkan lebih ramai calon di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Sarawak mempunyai seba-nyak 71 buah kerusi DUN di mana Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan 55 buah kerusi.
DAP pula menang di 12 kerusi, PKR tiga kerusi dan Bebas (kini Parti Pekerja Sarawak) menang di satu kerusi.
DAP yang bertanding di lima kerusi iaitu Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro gagal merebut kesemua kerusi tersebut daripada BN.
“Bagaimanapun, kita berharap kita diperuntukkan lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri seterusnya,” katanya.
Sementara itu, Andri memberitahu, Badan Perhubu-ngan PAS Negeri menghormati keputusan Taib yang mahu meletakkan jawatan dalam masa terdekat.
“Kita berharap KM sete-rusnya yang menggantikan Taib boleh menjaga hak rakyat Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia.
“Tiba masanya agar royalti minyak Sarawak yang kini lima peratus dinaikkan kepada 20 peratus kerana kita percaya, ia mampu menjana pembangunan modal insan dan infrastruktur di negeri ini,” katanya.
Beliau turut memberitahu Badan Perhubungan PAS Negeri turut menghormati keputusan Parti Pesaka Bumi-putera Bersatu (PBB) untuk melantik Taib sebagai Yang di-Pertua Negeri.
Sabtu lepas, Majlis Tertinggi PBB mencadangkan Taib untuk dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri menggantikan Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin yang akan tamat tempoh perkhidmatan pada 28 Februari ini.