Anda di sini

Lelaki cedera parah dalam kemalangan

Advertisement

JATUH PARIT: Mangsa yang berlumuran darah tiba di HUS untuk rawatan lanjut.

KUCHING: Seorang lelaki dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) akibat kecederaan yang dialaminya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya, lewat malam kelmarin.

Mangsa, 27, semasa kemalangan tersebut dikatakan menunggang motosikal pulang ke rumahnya di Bau sekitar jam 12.30 malam.

Bagaimanapun, ketika melalui jalan Batu Kitang, motosikal yang ditunggangi oleh mangsa telah berlanggar dengan sebuah pikap menyebabkan mangsa terpelanting beberapa meter dari tempat kejadian.

Ekoran itu juga, mangsa yang tidak sedarkan diri di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya kemudian terpaksa dikejarkan ambulans ke HUS untuk rawatan lanjut.

Dalam satu kejadian berasingan, seorang lelaki yang cedera selepas terjatuh ke dalam parit di Kampung Sarig, Padawan juga dikejarkan ke HUS untuk rawatan lanjut malam kelmarin.

Difahamkan, mangsa berusia 37 tahun itu semasa kejadian dikatakan mabuk dan terjatuh ke dalam parit di semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Simpok.

Mangsa yang cedera di bahagian muka telah dikejarkan oleh beberapa orang rakannya ke HUS untuk rawatan.

Kedua-dua mangsa sehingga berita ini ditulis semalam dilaporkan berada dalam keadaa stabil namun masih menerima rawatan di HUS.

Advertisement