Anda di sini

Kayu tebal langkah bijak atasi kecurian penutup besi longkang

Advertisement

LANGKAH BIJAK: Usaha mengelak pejalan kaki terjatuh dengan menutup longkang menggunakan kepingan kayu sebagai langkah keselamatan.

MUKAH: Kes kecurian penutup besi longkang semakin berleluasa, justeru pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini mengambil langkah bijak dengan memasang papan kayu jenis tebal menggantikan penutup besi tersebut.

Jurucakapnya memberitahu, setelah mengetahui penutup besi longkang dicuri pihak mereka segera mengambil tindakan dengan meletakkan kepingan kayu untuk menutup lubang longkang sebagai langkah keselamatan.

“Selepas mengetahui perkara itu, kami segera mengambil tindakan sebagai langkah keselamatan bagi menjaga keselamatan orang awam terutamanya pejalan kaki daripada terjatuh namun merupakan langkah sementara,” katanya.

Beliau berkata, pada masa sekarang PBT tersebut dalam cadangan untuk membuat penutup konkrit sekali gus merupakan langkah dan penyelesaian masalah bagi mengelak kes kecurian.

Sebanyak 170 keping penutup besi longkang hilang dicuri mereka yang tidak bertanggungjawab pada 1 Januari lalu di kawasan pasar baharu Mukah sekitar jam 3 pagi dan perkara tersebut dilaporkan kepada polis.

“Cadangan untuk membuat penutup konkrit merupakan satu langkah jangka panjang sekali gus cara penyelesaian untuk mengelak kes kecurian dan akan dilakukan pada masa terdekat.

“Setelah mendapati penutup tersebut hilang kami segera melaporkan perkara tersebut kepada polis.

“Selain itu, pihak majlis juga akan sentiasa memantau dari semasa ke semasa melalui penguatkuasaan bersama pihak berkuasa di Mukah,” katanya.

Advertisement