Anda di sini

Heendrew  tunai  impian  negara

Advertisement

CAPAI IMPIAN: Heendrew (kiri) ketika beraksi pada SUKMA XVI di Kuala Lumpur tahun lalu.

Berjanji tidak akan mensia-siakan peluang diberikan Persatuan Muaythai M’sia kepadanya

KUCHING: Petinju muaythai Sarawak, HeendrewLois Rekan berazam untuk meng­harumkan nama ne­gara di pentas kebang­saan setelah dipanggil menyertai skuad ke­bangsaan program MSN elit/pelapis 2014.

Pemenang pin­gat emas SUK­MA XVI 2013 di Kuala Lumpur itu meluahkan rasa gembira dan berjanji tidak akan mensia-siakan peluang yang diberikan oleh Persatu­an Muaythai Malaysia ke­padanya.

“Ini adalah impian utama saya sejak menceburi sukan ini. Terima kasih kepada semua pihak terutamanya juru­latih Q-Eikkasit yang banyak membimbing serta memberi tunjuk ajar kepada saya. Tanpa bimbingan beliau, tidak mungkin saya berjaya sam­pai ke tahap ini,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Selain itu, Heendrew juga merakamkan peng­hargaan kepada Persatuan Muaythai JBL kerana sudi memberi beliau peluang untuk menceburi sukan muaythai.

Heendrew, 21, melakar sejarah dengan menghadi­ahkan emas pertama Sarawak dalam acara muaythai pada SUKMA XVI di Kuala Lumpur tahun lalu.

Kejayaannya menun­dukkan atlet kebangsaan mencuri tumpuan Persatuan Muaythai Malaysia (PMM) dan bersetuju menyerapkan beliau dalam skuad pelapis negara.

“Ini adalah peluang ter­baik saya untuk membuk­tikan kebolehan di pering­kat yang lebih tinggi. Saya berjanji cuba memberikan yang terbaik untuk meng­harumkan nama Sarawak dan Malaysia di pentas ke­bangsaan mahupun antara­bangsa,” katanya.

Selain Heendrew, dua petinju wanita turut dipang­gil menyertai skuad pelapis kebangsaan.

Mereka ialah pemenang pingat perak pada SUKMA XVI di Kuala Lumpur tahun lalu, Ayu Arynafa’ Iza Azmi dan Nurzafarisha Jafari.

 

Advertisement