Anda di sini

Budak lelaki dua tahun selamat dalam kebakaran

Advertisement

MIRI: Sebanyak enam buah keluarga termasuk seorang budak lelaki berusia dua tahun terselamat dalam satu kebakaran yang meranapkan kediaman mereka yang terletak di Simpang Klinik Ladang 3, Jalan Miri-Bintulu di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian itu, semua mangsa tinggal sehelai sepinggang apabila api yang marak memusnahkan satu deret kuaters enam bilik yang didiami pekerja ladang terbabit pada jam 11.30 malam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan pada jam 11.39 malam daripada orang awam bekejar ke tempat kejadian dengan sebuah jentera pemadam api bersama enam anggota.

Bagaimanapun, disebabkan jarak terlalu jauh anggota bomba tiba di tempat kejadian satu setengah jam perjalanan dari sini.

Jurucakap bomba memberitahu, mereka mengambil masa 10 minit mengawal kebakaran tersebut yang sudah memusnahkan keseluruhan blok tempat tinggal pekerja itu.

Namun, pihaknya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan bomba masih menyiasat punca sebenar kebakaran itu.

Menurut sumber, api dipercayai bermula dari dapur salah sebuah bilik di kuarters tersebut sebelum merebak dan membakar seluruhnya.

Advertisement