Anda di sini

All Stars SPPS cengkam tangga teratas Liga Axis

Advertisement

KUCHING: All Stars SPPS terus mencengkam kedudu­kan teratas Liga Axis Petra Jaya 2014 dengan kemenan­gan keempat menundukkan Sains dengan 4-2 pada per­lawanan di Padang D, Petra Jaya minggu lalu.

Pasukan yang dibintangi ramai bekas pemain Ngap Sayot (Sarawak) itu kini selesa setelah mengumpul 12 mata daripada empat perlawanan.

Sementara itu, kejutan dilakukan skuad di tangga tercorot Printing Genius apabila berjaya mencatat ke­menangan pertama 3-1 ke atas Kallosa FC.

Empat pasukan pula seka­dar berkongsi mata dengan menyaksikan Bank Rakyat dan Real Stats terikat 1-1 selain keputusan tanpa jar­ingan antara HA Satok dan Muffa.

Setiausaha Kejohanan, Iswandy Ali Hassan berkata beberapa keputusan luar jangkaan berlaku sepanjang dua hari perlawanan dilang­sungkan hujung minggu lalu.

Katanya, ini sekali gus memperlihat peluang keban­yakan pasukan untuk berada dalam kelompok terbaik masih terbuka.

 

Advertisement