Anda di sini

Peniaga, penjaja boleh didakwa

Advertisement

BASHAH (tiga kiri) ketika meninjau di pasar basah di sini kelmarin

 Jika didapati menaikkan harga barangan terkawal sesuka hati

KOTA KINABALU: Peniaga dan penjaja yang menaikkan harga barangan terkawal di luar musim perayaan secara sesuka hati akan dikenakan tindakan undang-undang.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Senator Dato Sri Ahmad Bashah MD Hanipah berkata, kementerian mempunyai akta berkaitan dengan perkara itu dan mereka yang didapati melakukan kesalahan boleh didakwa di mahkamah.

“Kewujudan harga barangan berbeza di seluruh negara adalah disebabkan kesempatan yang diambil oleh para peniaga di luar waktu musim perayaan, yang mana harga barangan kawalan tidak dikawal kecuali barangan yang sudah dikawal tetap seperti tepung dan gula.

“Saya menggesa kepada para pengguna yang mendapati terdapatnya barangan basah seperti daging, ayam, sayur serta barangan kawalan lain mempunyai harga yang tidak berpatutan supaya melaporkan ke pejabat PPDNKK Sabah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Pasar Besar di sini kelmarin.

Dalam lawatan itu, Bashah juga menjelaskan bahawa keperluan barangan di Pasar Besar semuanya di bawah harga kawalan dan tidak ada masalah yang dihadapi.

Katanya, bekalan barangan juga tidak menghadapi masalah dan harga juga adalah lebih rendah berbanding musim perayaan. Ia petanda baik yang mana bekalan lebih daripada permintaan.

“Saya juga menggesa kepada semua penggerai untuk meletakkan tanda harga mengikut peraturan, semua barangan mesti mempunyai tanda harga.

“Tanda mesti diletakkan pada barangan itu dan bukan digantung agar pengguna dapat membezakan harga dari gerai ke gerai,” katanya.

Katanya, kini kompaun tidak akan dikenakan lagi kepada mereka yang ingkar peraturan ditetapkan tetapi akan terus didakwa di mahkamah.

Advertisement