Anda di sini

Tun Salahuddin adakan kunjungan TBC di Bintulu

Advertisement

JAMU SELERA: Tun Salahuddin bersama Dr Francis (empat kiri) dan Muhamad Yakup (tiga kiri) serta tetamu yang lain semalam.

UNTUK ALBUM: Tun Salahuddin dan Toh Puan Norkiah (duduk tengah) merakam kenangan bersama Wong Aik Loung dan ahli keluarganya.

SELAMAT TAHUN BAHARU CINA: Tun Salahuddin dan Toh Puan Norkiah bersama Yek (tengah) dan Tuah, Muhamad Yakup, Mohidin serta ahli keluarga Yek menggaul Yee Sang simbolik kemakmuran untuk sambutan Tahun Baharu Cina sempena Tahun Kuda tahun ini.

POTONG KEK: Tun Salahuddin dan Toh Puan Norkiah memotong kek Tahun Baharu Cina bersama Pui Kian Onn dan isteri sambil disaksikan oleh anak-anaknya.

BINTULU: Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah telah mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina (TBC) ke beberapa rumah ketua masyarakat, pemimpin persatuan, ahli politik dan ahli perniagaan Cina di bahagian ini semalam.

Kediaman pertama yang dikunjungi Tun Salahuddin ialah rumah ahli perniagaan Tan Sri Yek Min Ek di Taman Hock Lee, Jalan Sultan Iskandar di sini, diikuti menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) di Dewan Suarah Bintulu pagi semalam.

Tun Salahuddin, isteri dan rombongan seterusnya mengunjungi rumah Pemanca Dr Francis Toh Chiew Peng di Taman Li Hua, kediaman Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintulu Henry Ling Kuong Meng di Taman Jasmine Jalan Tun Hussein Onn dan kediaman ahli perniagaan Thomas Ng di Taman Pearl Garden Jalan Sebiew.

Kunjungan diteruskan ke rumah terbuka Artie Loh di Taman Terus Jalan Tun Hussein Onn, rumah Presiden Persatuan Gabungan Cina Berdaftar (FORCA) Wong Ik Loung di Ecorich Garden Tanjung Batu, rumah  Penghulu Datuk Chai Shong Phian di Lucky Garden Jalan Tanjung Batu dan kediaman terakhir yang dikunjunginya ialah rumah Datuk Pui Kian Onn di Lucky Tower Jalan Tanjung Batu.

Turut mengiringi Tun Salahuddin ialah Residen Bahagian Bintulu Muhamad Yakup Kari, Pegawai Daerah Bintulu Tuah

Suni, Pegurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Datu Mohidin Ishak, Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pandi Suhaili; ketua-ketua jabatan kerajaan  dan ketua-ketua masyarakat setempat.

Tun Salahuddin, isteri dan rombongan dijangka berangkat balik ke Kuching pada jam 8.40 pagi Isnin.

MUHIBAH:Tun Salahuddin dan Toh Puan Norkiah memotong kek Tahun Baharu Cina bersama Henry Ling (dua kiri) dan isteri serta anak-anaknya semalam.

RAIKAN: Tun Salahuddin, Toh Puan Norkiah, Dr Francis dan isteri serta anak-anaknya memotong kek Tahun Baharu Cina semasa kunjungan ke kediaman Dr Francis di Taman Li Hua semalam.

KENANGAN: Tun Salahuddin dan Toh Puan Norkiah bergambar bersama Thomas (tiga kiri) dan ahli keluarganya.

Advertisement