Anda di sini

SMK Sedaya juara keseluruhan Kejohanan Merentas Desa MSS Sibu

Advertisement

KAMI JUARA: Kontinjen SMK Sedaya meraikan kemenangan mereka setelah mengungguli Kejohanan Merentas Desa MSS Sibu.

SIBU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sedaya, Kanowit telah berjaya membenamkan hasrat sekolah-sekolah lain di Zon Sibu pada Kejohanan Merentas Desa MSS Sibu, hujung minggu lalu.

Kejohanan itu berlangsung di SMK Bawang Assan di sini menyaksikan SMK Sedaya mengungguli enam kategori yang dipertandingkan.

Peserta dari sekolah tersebut berjaya menjuarai semua kategori dipertandingkan iaitu kategori lelaki dan wanita junior, Lelaki dan wanita senior.

Berikutan rekod kecemerlangan itu, SMK Sedaya muncul sebagai juara keseluruhan wanita dan lelaki diikuti SMK St Elizabeth tempat kedua dan SMK Bawang Assan di tempat ketiga.

Manakala tempat kedua keseluruhan lelaki dimenangi SMK Sacred Heart dan tempat ketiga disandang SMK Sibu Jaya.

Kejohanan Merentas Desa MSS Sibu ini dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sibu, Wong Chung Kung.

Kejohanan Merentas Desa MSS Peringkat Negeri akan diadakan di Miri pada 22 Februari ini.

Advertisement