Anda di sini

SMK Julau sapu bersih semua acara Merentas Desa Sarikei

Advertisement

JULAU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau membuktikan kehebatan apabila berjaya menyapu bersih semua acara pada Kejohanan Merentas Desa Bahagian Sarikei di sini kelmarin.

Dalam pertandingan ini, SMK Julau berjaya mengepikan sepuluh buah sekolah lain yang turut menghantar pasukan dalam memburu kejuaraan pada pertandingan ini.

Acara tahunan itu diadakan untuk memilih atlet-atlet bagi mewakili Bahagian Sarikei pada kejohanan peringkat bahagian yang akan diadakan di Miri pada 22 Februari ini.

Pengetua SMK Julau, Christopher Kelebit dalam ucapannya perasmiannya meminta atlet terpilih bekerja keras dan memberi sepenuh komitmen pada pertandingan peringkat negeri nanti.

Beliau menegaskan, disiplin diri adalah satu faktor penting yang atlet perlu dimiliki menjadi atlet berjaya.

Seramai 32 orang atlet terpilih mewakili Bahagian Sarikei ke pertandingan yang bakal dilangsungkan di Miri nanti.

Bagi kejohanan ini, tempat pertama dimenangi pasukan SMK Julau, kedua SMK Bandar Bintangor dan ketiga SMK Pakan.

Advertisement