Anda di sini

Semangat perpaduan penting untuk capai kejayaan: Musa

Advertisement

TAWAU: Semangat perpaduan yang kukuh merupakan antara matlamat penting dalam mencapai kejayaan pada masa akan datang, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata dengan adanya semangat perpaduan itu maka pembangunan dapat dirancang dan dilaksanakan dengan teratur sehingga berjaya.

“Rakyat di negeri perlu bersyukur kerana dapat menikmati segala pembangunan negara selain hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

“Semangat perpaduan itu dapat dilihat melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh masyarakat berbilang kaum di negeri ini khususnya sambutan Tahun Baharu Cina yang disambut setiap tahun,” katanya kepada pemberita sempena sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Parlimen Tawau di sini semalam.

Mengulas mengenai sambutan itu, Musa berkata ia telah menjadikan amalan dalam usaha mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga dan masyarakat sekeliling sejajar dengan matlamat kerajaan dalam memantapkan lagi perpaduan rakyat. — Bernama

Advertisement