Anda di sini

Saratok rangkul gelaran johan Kategori Terbuka Petanque

Advertisement

SRI AMAN: Pasukan Saratok berjaya merangkul gelaran johan bagi Kategori Terbuka (Berpasangan) Kejohanan Petanque Sri Aman 2014 di Kompleks Sukan Sri Aman kelmarin.

Sementara itu, pasukan Kuching menduduki tempat kedua dan Bintangor menduduki tempat ketiga bagi kategori itu.

Kemenangan itu membolehkan pasukan Saratok membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,000.

Manakala Kuching menerima wang tunai RM700 dan Bintangor meraih RM500.

Sementara itu, pasukan PSPBK 3 pula muncul juara bagi kategori Piala Petanque KRT Zon 2 Kampung Muhibbah Sri Aman.

Manakala pasukan Samarahan 2, Petra 2 dan PSPBK 1 menduduki tempat kedua, ketiga dan keempat bagi kategori itu.

Kemenangan itu membolehkan PSPBK 3 membawa pulang Piala KRT dan hadiah wang tunai RM70 dan Samarahan 2, Petra 2 dan PSPBK 1 membawa pulang hadiah wang tunai RM60, RM50 dan RM40 bagi kategori itu.

Advertisement