Anda di sini

Lelaki warga China disyaki serang pengurus syarikat ditahan

Advertisement

KUCHING: Polis menahan seorang lelaki warga China yang disyaki menyerang pengurus syarikat di sebuah pusat refleksologi di Pusat Komersil Premier 101 di Jalan Tun Jugah, di sini.

Tangkapan ke atas lelaki berusia 38 tahun itu dilakukan kira-kira jam 12.05 pagi oleh sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

Terdahulu pada petang kelmarin, seorang pengurus tampil membuat laporan polis mendakwa dirinya dicederakan oleh suspek di premis tersebut.

Menurut sumber, mangsa dalam lingkungan lewat 40-an dari Tabuan Dayak itu mendakwa berjumpa dengan suspek yang dikatakan sering mengganggu isterinya.

Bagaimanapun, suspek masuk semula ke dalam kedai dan mengambil sebatang besi lalu memukul mangsa.

Mangsa yang cuba mempertahankan diri menggunakan kerusi, mengalami kecederaan di tangan, kaki dan leher akibat serangan itu.

Dia kemudiannya mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Advertisement