Anda di sini

Kelab Muaythai JBL Lundu ungguli aksi persahabatan

Advertisement

BAKAT BAHARU: Antara peninju termuda beraksi pada pertandingan
muaythai persahabatan anjuran Persatuan Muaythai UiTM Sarawak di Kota Samarahan semalam.

KUCHING: Kelab Muaythai JBL Lundu mengungguli pertandingan muaythai persahabatan dengan memenangi hampir semua pertarungan yang dipertandingkan.

Dikendalikan Wan Narawi, Kelab Muaythai JBL Lundu turut membariskan peninju Sukan Malaysia (SUKMA), Hendrew Lois pada di Summer Mall, Kota Samarahan kelmarin.

Sebanyak 12 kelab muaythai merangkumi Persatuan Muaythai UiTM Sarawak, Kelab Muaythai JBL Lundu, Kelab Muaythai Kampung Pinang, Kelab Muaythai Sibu, Kelab Muaythai Phoenix Meranek dan Kelab Muaythai Jalan Entingan.

Kelab lain yang turut mengambil bahagian termasuk Kelab Pejasa Muaythai, Kelab Muaythai Buaya Putih Matang, Kelab Muaythai Panglima Seman dan Kelab Muaythai Sungai Mata.

Pengerusi penganjur, Mohd Nor Shyrul Saaban berkata sebanyak 26 perlawanan diadakan dan mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat muaythai.

“Penyertaan pada kali ini memang menggalakkan. Pada masa akan datang kita akan memperbanyakkan perlawanan,” katanya.

Beliau berkata, penganjuran lebih banyak pertandingan muaythai penting untuk mencungkil bakat baharu dan pada masa sama mengetengahkan peninju muda.

“Orang ramai juga memberi sambutan hangat pada pertandingan yang kita adakan kali ini,” katanya.

Advertisement