Anda di sini

Usaha mohon tanah untuk semua rakyat Sarawak disokong

Advertisement

SIBU: Usaha Kumpulan Be­bas N.50 Dalat memohon tan­ah bagi semua rakyat Sarawak yang berusia 18 tahun dan ke atas, melangkah setapak lagi apabila usaha tersebut mendapat sokongan daripada Perdana Menteri dan Timba­lan Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyid­din Yassin melalui pejabat masing-masing telah meng­hantar surat sokongan yang ditujukan kepada Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri Sarawak pada 13 November 2013 dan 10 Disember 2013.

Salinan surat itu kemudian dihantar kepada Kumpulan Bebas N.50 Dalat ini yang diketuai oleh Salleh Mahli serta diterima pada 23 Dis­ember 2013 dan 9 Januari 2014.

Surat itu antara lain menya­takan kedua-dua pemimpin negara itu tidak mempunyai halangan ke atas permohonan tersebut berdasarkan kepada peraturan yang telah ditetap­kan oleh kerajaan negeri.

Menurut Salleh, surat sokongan daripada Perdana Menteri dan Timbalan Per­dana Menteri itu adalah tanda positif kepada usaha kumpu­lan selama ini bagi memohon tanah untuk semua rakyat Sarawak yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Selain itu katanya, beliau juga ada menerima surat dari­pada ibu pejabat Jabatan Tan­ah dan Survei Negeri Sarawak bertarikh 18 November 2013, yang meminta memaklumkan secara terperinci di mana kawasan tanah yang dipohon dengan mengemukakan pelan yang ditandakan dengan jelas bagi membolehkan pejabat memproses permohonan tersebut.

“Oleh itu bermula 20 Janu­ari lepas, kami dalam proses menulis surat kepada semua penguasa Jabatan Tanah dan Survei di setiap bahagian di Sarawak untuk memohon kerjasama bagi mengenal pasti kawasan tanah kerajaan yang boleh dipohon.

“Ini termasuk tanah kera­jaan yang belum dipohon mana-mana pihak, yang sudah dipohon oleh syarikat-syari­kat dan yang dipohon oleh kumpulan kecil rakyat yang belum diluluskan kerajaan ketika ini,” katanya sambil memberitahu bahawa tanah yang dipohon tidak termasuk tanah NCR.

Permohonan tanah itu ujar Salleh, adalah untuk kepent­ingan semua rakyat Sarawak yang berumur 18 tahun ke atas, yang dianggarkan lebih kurang dua juta orang.

Tanah tersebut katanya, akan dimajukan untuk per­tanian komersil seperti per­ladangan kelapa sawit serta komoditi lain yang sesuai, yang boleh menjana penda­patan kepada rakyat pada masa depan.

“Dengan cara ini sahaja kerajaan ketika ini da­pat membantu rakyat un­tuk memiliki tanah untuk keperluan generasi akan datang, sebagaimana yang dilakukan oleh FELDA di Semenanjung Malaysia,” jelasnya.

Dalam pada itu kata Salleh, pihaknya juga akan menulis surat kepada FELDA untuk menyokong dan memban­gunkan kawasan yang telah dipohon sekiranya permo­honan diluluskan oleh kera­jaan negeri kelak.

Beliau juga memberitahu, akan terus membuat susulan dengan pihak yang berkaitan sehingga usaha kumpulan ini mencapai kejayaan demi fae­dah semua rakyat Sarawak.

Bagi mereka yang mem­punyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Salleh di talian 019-8164709.

Advertisement