Anda di sini

Son pastikan Leverkusen menang

Advertisement

BERLIN, Jerman: Penyerang antarabangsa Korea Selatan, Son Heung-Min menjaringkan gol kelapan beliau dalam Bun­desliga Jerman Jumaat lepas untuk memastikan kemenan­gan 1-0 Bayer Leverkusen ke atas Borussia Moenchenglad­bach di tempat lawan.

Leverkusen, yang dibimb­ing bekas pemain pertahanan Liverpool, Sami Hyypia, mengukuhkan kedudukan di tangga kedua dan men­jarakkan kedudukan dengan kelebihan tujuh mata ber­banding pasukan di tangga ketiga, Borussia Dortmund, yang bertandang ke Werder Bremen hari ini.

Leverkusen bagaimanapun masih 10 mata di belakang pendahulu liga, Bayern Mu­nich, yang beraksi lewat di Nuremberg sementara Glad­bach sekarang tanpa keme­nangan dari lima perlawanan terakhir.

Son menjaringkan gol tung­gal kemenangan pada minit ke-62 dengan satu rembatan kencang selepas menerima umpanan Sidney Sam.

“Ia sangat penting untuk kami tiba di sini dengan kelebihan empat mata, jadi kami berasa sangat gembira sekali,” kata Son.

Gladbach memulakan ta­hun ini di tangga ketiga tetapi mengalami tiga kekalahan berturut-turut Jumaat lepas, menyebabkan mereka jatuh ke tangga kelima.

Rekod buruk mereka di tempat sendiri ketika menen­tang Leverkusen berterusan selepas gagal menewaskan pasukan pelawat di tempat sendiri sejak 25 tahun.

Kali terakhir mereka menewaskan Leverkusen ialah pada 1989 ketika keme­nangan 2-0. — AFP

Advertisement