Anda di sini

K’jaan akan terus perkasakan penguasaan bahasa Inggeris

Advertisement

MUAR: Kerajaan tidak akan meminggirkan penguasaan bahasa Inggeris dan akan terus berusaha memperkasakan penguasaannya di kalangan murid-murid, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan berkata, walaupun ia hanya bahasa kedua tetapi ibu bapa di negara ini tetap mahukan anak-anak mereka meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris.

“Penguasaan bahasa Inggeris itu amat penting jika kita mahu bersaing di peringkat global dan menerusi pelaksanaan Pelan Pembangunan PendidikanNasional, kita sedang berusaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggerisdi kalangan murid-murid,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis ramah mesra warga pendidik Parlimen Pagoh di Kompleks Pekembar di Pagoh, yang turut dihadiri timbalan ketua pengarah pelajaran Sufaat Tumin.

Menurut Muhyiddin, Kementerian Pendidikan juga akan meningkatkan kemahiran guru bahasa Inggeris dengan menghantar lebih ramai daripada mereka untuk menjalani kursus-kursus kemahiran dan pengajaran bahasa itu.

Tahun lepas, 5,000 guru Bahasa Inggeris menjalani kursus peningkatan kemahiran Bahasa Inggeris dan bilangan itu akan dipertingkatkan lagi pada tahunini, kata Muhyiddin.

“Pada tahun ini pihak kementerian menyasarkan kira-kira 20,000 guru Bahasa Inggeris dihantar ke kursus-kursus meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris,” katabeliau.

Menurut Muhyiddin, dalam lawatannya ke United Kingdom baru-baru ini beliau menemui pakar-pakar Bahasa Inggeris daripada Universiti Cambridge yang memujitahap Pengajaran dan Pembelajaran bahasa itu di sekolah-sekolah negara ini olehguru-guru tempatan.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Universiti Cambridge itu, pakar terbabit menyatakan 37 peratus daripada guru Bahasa Inggeris tempatan memilikitahap penguasaan kemahiran yang tinggi menyamai tahap yang dimiliki rakan-rakanmereka di United Kingdom di mana Bahasa Inggeris merupakan bahasa ibunda,katanya.

Hasil kajian Universiti Cambridge itu akan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan pada Mac ini, kata Muhyiddin. — Bernama

Advertisement