Anda di sini

Dr Sim nafi Chin dan Tiong bertemu dengan Zahid

Advertisement

SERIAN: Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Profesor Dr Sim Kui Hian semalam menafikan Presiden SUPP Tan Sri Peter Chin dan Timbalan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Seri Tiong King Sing telah bertemu dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Tidak ada mesyuarat itu… mesyuarat itu tidak pernah berlaku dan presiden telah mengeluarkan satu kenyataan mungkin hari ini (semalam) untuk menjelaskan mengenai perkara itu, “ katanya.

Dr Sim berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Kementerian Sumber Manusia di sini semalam.

Beliau mengulas ura-ura mesyuarat itu dikatakan telah berlaku di Kuala Lumpur pada hari Khamis di mana Chin dan Tiong dikatakan telah mencadangkan agar SUPP dan SPDP bergabung jika bebas daripada pembatalan pendaftaran.

Langkah itu dikatakan satu cubaan oleh Chin untuk menyelamatkan SUPP yang kini berada di ambang bakal dibatalkan pendaftaran selepas parti itu didapati melakukan beberapa penyelewengan dalam jangka sehingga Persidangan Perwakilan Tritahunan 2011.

Pada 6 Januari Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah menyerahkan surat tunjuk sebab kepada SUPP mengapa ia tidak boleh dibatalkan pendaftarannya.

Ia sebelum ini melaporkan bahawa parti itu telah menjawab kepada surat tunjuk sebab demikian dan kini sedang menunggu keputusan daripada pihak berkenaan.

Advertisement