Anda di sini

Bampar kenderaan pacuan empat roda bernilai RM4,000 hilang

Advertisement

SIBU: Bampar sebuah ken­deraan pacuan empat roda yang bernilai RM4,000 hilang ketika kenderaan terbabit diletakkan di tempat parkir bertingkat sebuah hotel di sini.

Terdahulu pemilik kenderaan tersebut telah menghantar kenderaan itu ke sini dari Kapit un­tuk diperiksa pada pagi kelmarin.

Selepas diperiksa dan dibaiki, pemiliknya dika­takan meletakkan ken­deraan tersebut di ting­kat satu tempat parkir bertingkat sebuah hotel tempat dia bermalam.

Bagaimanapun pada jam 8.30 pagi semalam ketika hendak berangkat ke Miri, pemilik kender­aan mendapati bampar belakang kenderaan itu hilang.

Dia kemudian men­dapatkan pertolongan daripada penyelia hotel, memandangkan tempat parkir tersebut dipasang dengan kamera litar ter­tutup (CCTV).

Bersama dua penyelia hotel, pemilik kenderaan itu kemudian membuat laporan polis.

Dalam kes berasingan, seorang kakitangan awam menjadi mangsa rompa­kan dua lelaki ketika sedang menuruni tangga di Pasar Sentral Sibu, semalam.

Kejadian pada kira-kira jam 8.30 pagi itu berlaku ketika mangsa yang berasal dari Belawai, hendak pergi membeli-belah di pasar terbabit.

Menurut mangsa, dua lelaki yang memakai topi keledar berpenutup penuh menghampirinya dari bekalang sebelum menolaknya ke arah tangga.

Perompak dikatakan mengugut mangsa meng­gunakan objek tumpul dan memintanya meny­erahkan semua barangan berharga.

Mangsa mendakwa ke­hilangan telefon bimbit, wang tunai RM700 serta dokumen penting.

Advertisement