Anda di sini

16 finalis berentap rebut gelaran Miss Cultural Harvest Festival

Advertisement

RATU: Seramai 16 finalis bakal berentap merebut gelaran Miss Cultural Harvest Festival 2014. — Gambar oleh Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: Seramai 16 finalis bakal berentap untuk merebut gelaran Miss Cultural Harvest Festival pada tahun ini.

Kesemua finalis dipilih daripa­da 20 peserta yang hadir pada sesi pemilihan akhir yang dijalankan di Hotel Riverside Majestic di sini semalam.

Mendahului senarai finalis ialah Joanna Cynthia, 24, Dee Dee A’iene Peter (19), Atika Eli (18), Tijan Emang (21), Miselle Octovie Thomas (24), Caroline Meza Munan (23), Sapphira Eli­sha Jerry (20), Suryani Muklasin (20) dan Valerina Aren Alfred (18).

Tujuh lagi finalis ialah Carmilla Ivy Daniel Manja (20), Stepheni Johari (23), Diana Sim Siew Ling (24), Maryanne Lee (21), Celes­tina Jong Jat Choon (25), Angelia Lois (19) dan Josephine Jelawat James Jimmy (23).

Kesemua finalis dinilai ber­dasarkan keterampilan, per­sonaliti dan bakat oleh juri yang dibarisi Pengarah Festival Zaini Zainuddin, Shamsul Kipli, Liy­ana Eddie dan Ratu WHF 2013 Roselind Sajah.

Peringkat akhir Miss Cultural Harvest Festival akan berlang­sung pada 2 Mei nanti di Kam­pung Budaya Sarawak sempena Festival Menuai Sedunia atau World Harvest Festival (WHF) 2014.

Menurut Pengarah Festi­val Zaini Zainuddin menerusi kenyataan akhbar, WHF 2014 merupakan paling mencabar kerana mendapat penyertaan memberangsangkan selain ramai peserta yang berbakat.

“Pertandingan Ratu Cantik Etnik dahulu dikenali sebagai Ratu Fair & Lovely WHF kali ini mendapat penyertaan lebih 120 permohonan di seluruh ba­hagian.

“Finalis yang akan memenangi gelaran Ratu WHF 2014 bakal menerima wang tunai, mahkota, selempang dan hadiah sampingan lain,” katanya.

Pada tahun ini, WHF 2014 akan diadakan di Kampung Budaya bermula 2 Mei hingga 4 Mei nanti yang mana pelbagai acara lain turut dianjurkan.

Orang ramai yang berminat menyertai WHF 2014 boleh menghubungi kakitangan Kam­pung Budaya Sarawak di talian 082-846411/846108.

Tiket dijual pada harga RM60 seorang dan sekiranya orang ramai membuat pembelian awal sebelum 1 Mei, tiket hanya dijual pada harga RM30 seorang.

Advertisement