Anda di sini

10 pasukan sertai Pertandingan Bola Sepak 11 Sebelah Miri 2014

Advertisement

MIRI: Sejumlah 10 pasukan telah mengesahkan menyer­tai Pertandingan Bola Sepak 11 Sebelah Miri 2014 yang dijadualkan berlangsung pada 8 Mac depan.

Jurucakap penganjur yang hanya dikenali sebagai Bidin berkata pertandingan anjuran Feroz Group Of Company (FGOC) itu turut menarik minat pasukan-pasukan bola sepak dari luar Miri termasuk Bintulu dan Kuching.

Ia masih terbuka dan terhad kepada 32 pasukan terawal sama seperti jumlah nega­ra-negara yang mengambil bahagian pada Piala Dunia 2014.

Bidin memberitahu, selain terbuka kepada semua warga tempatan terutama rakyat Malaysia, ia juga boleh disertai oleh warga asing yang mem­punyai dokumen yang sah.

Tujuan ia diadakan adalah untuk memeriahkan sua­sana Piala Dunia 2014 selain memupuk dan menanam semangat berpasukan terha­dap bola sepak di kalangan pemain.

Yuran penyertaan bagi se­tiap pasukan adalah RM350 setiap pasukan dan tarikh tutup penyertaan pula adalah pada 5 Mac, jam 4 petang.

Semua perlawanan akan diadakan di Padang Stadium Miri dan Padang Bandaraya Miri manakala cabutan undi akan diadakan pada 5 Mac 2014.

Juara pertandingan itu akan membawa satu piala dan wang tunai RM2,000 bersama 16 pingat perseorangan mana­kala naib juara menerima RM1,000, piala dan 16 pingat iringan.

Tempat ketiga pula meneri­ma RM500, piala dan 16 pin­gat iringan selain penjaring terbanyak dan pemain terbaik pula menerima sebuah piala.

Sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi Bidin di talian 012-8923898 atau Lee Joon Soon (012-8041199).

Advertisement