Anda di sini

Pukul anak, bapa dipenjara setahun

Advertisement

SARIKEI: Mahkamah Majistret Sarikei semalam memutuskan seorang bapa menjalani hukuman penjara satu tahun.

Keputusan itu dibuat oleh Majistret Stephanie Sherron Abbie setelah mendapati tertuduh, Kiew Chiong Yii, 31, bersalah dengan memukul anak lelakinya berumur empat tahun dengan menggunakan sebatang penyapu.

Hasil siasatan dijalankan polis, tertuduh turut mengaku  memukul anaknya dengan penyapu hingga menyebabkan kecederaan.

Melalui laporan perubatan yang telah dibuat ke atas anaknya, tertuduh juga mendapati kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan diklasfikasikan sebagai ‘Soft Tissue Injury.’

Kejadian itu berlaku di rumah tertuduh pada 30 Januari lalu, di Sungai Jabai, Bintangor, jam 6.13 pagi.

Dengan kesalahan tersebut, tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara selama satu tahun atau dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Advertisement