Anda di sini

Polis siasat secara terperinci kematian pemandu lori

Advertisement

SIBU: Polis di sini meneruskan siasatan ter­perinci berhubung kes ke­matian seorang pemandu lori yang ditemui mati se­lepas dipercayai terhimpit di antara lori dan pintu pagar kedai majikannya di Jalan Alan di sini, pagi Khamis lalu.

Keputusan bedah sia­sat dijalankan terhadap mangsa, Soo Chong Yii selesai jam 12.10 tengah hari semalam menun­jukkan punca kematiannya disebabkan kecederaan parah di kepala.

Difahamkan, kematian mangsa juga bukan dis­ebabkan kecederaan dala­man.

Dalam laporan akhbar, mangsa ditemui mati di hadapan pintu pagar di­percayai dihimpit lori yang dipandunya semasa dia mahu membuka pintu pagar kedai majikannya pada pagi itu.

Sehubungan itu, ahli keluarga mangsa minta polis menjalankan siasatan lebih mendalam terhadap kes tersebut kerana mereka percaya kematian Soo bukan disebabkan kema­langan itu.

Ayah mangsa yang ditemui di balai polis memberitahu, dia pergi ke lokasi kejadian dan mendapati tiada kesan ke­rosakan pada pintu pagar atau bahagian hadapan lori dipandu anaknya.

“Tidak mungkin anak saya mati disebabkan lori yang bergerak ke hadapan semasa anak saya mem­buka pintu pagar berk­enaan, lagipun keadaan jalan di situ tidak begitu rata atau menurun sangat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Kamal Kordi berkata kes kematian Soo belum dik­lasifikasikan sepenuhnya sehingga siasatan unit fo­rensik selesai.

Katanya, keputusan be­dah siasat menunjukkan kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan parah di kepala.

Setakat ini, polis hanya berpandukan kepada fakta saksi yang membuat lapo­ran polis mengenai insiden tersebut.

Menurut saksi tersebut merupakan seorang ang­gota polis yang kebetulan dalam perjalanan pulang ke rumahnya jam 2 pagi itu.

Mengikut laporan saksi, brek tangan lori berkenaan dikatakan tidak ditarik.

Bagaimanapun, KPD enggan mengulas lan­jut sebaliknya menunggu keputusan penuh daripada siasatan unit forensik.

Beliau, bagaimanapun meminta orang ramai memberi kerjasama pe­nuh dalam membantu polis menyiasat kes tersebut.

“Jika ada saksi lain, saya minta mereka tampil membuat laporan polis agar kes ini mampu disele­saikan secara lebih telus,” katanya.

 

Advertisement