Anda di sini

Musnah segala alatan pengajian

Advertisement

TERBAKAR: Kelihatan anggota bomba sedang berusaha menga¬wal kebakaran tersebut daripada merebak.

Lapan pelajar hilang tempat berteduh dalam kebakaran rumah sewa

KUCHING: Lapan pelajar institusi pengajian tingga swasta (IPTS) bukan sahaja hilang tempat berteduh, malah turut hilang semua peralatan pengajian selepas rumah sewa yang didiami oleh mereka musnah dalam kebakaran, awal pagi se­malam.

Difahamkan, insiden ber­laku di sebuah rumah kedai empat tingkat di Jalan Haji Taha, di sini di mana tingkat dua bangunan kedai terse­but musnah keseluruhannya dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 4 pagi semalam.

Kesemua pelajar terse­but yang terdiri daripa­da lima perempuan dan lelaki bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri sebelum api marak.

“Api bermula dari sebuah bilik di bahagian tengah yang kemudian merebak dengan cepat menyebabkan kami tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang dari dalam bilik kami.

“Apa yang difikirkan kami masa itu hanya mahu menye­lamatkan diri masing-mas­ing,” kata seorang daripada pelajar tersebut.

Menurutnya, kesemua peralatan pengajian seperti komputer riba, buku-buku rujukan dan alat-alat ele­ktronik semuanya musnah dalam kebakaran itu.

“Tiada apa yang tinggal, komputer riba, telefon bim­bit semuanya tidak sempat dibawa keluar, malah buku-buku pengajian juga semua musnah dalam kebakaran itu,” katanya.

Kelapan-lapan pelajar yang berusia sekitar 20-an itu dikatakan berasal dari Sibu, Bintulu, Miri dan beberapa kawasan di luar Kuching.

Menurut jurucakap bomba, seramai 20 anggota dari Balai Bomba Batu Lintang dan Padungan bergegas ke tempat kejadian dengan diketuai oleh Pegawai Bomba Abu Bakar dan Awang Saiful.

“Jentera sampai di tempat kejadian pada jam 4.17 pagi, di mana api berjaya dikawal pada jam 4.37 pagi dan padam sepenuhnya pada jam 5.09 pagi,” kata jurucakap bomba berkenaan.

Menurutnya lagi, tiada ke­malangan jiwa dilaporkan.

“Punca dan anggaran keru­gian masih dalam siasatan,” katanya.

Advertisement