Anda di sini

Ganjaran tampar Teresa, DAP buat laporan polis

Advertisement

BANTAH: Chong, Violet dan Christina bergambar setelah membuat laporan polis, semalam.

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak semalam membuat laporan polis terhadap Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia yang menawarkan ganjaran kepada mana-mana individu berjaya menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.

Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata, ganjaran daripada pihak terbabt adalah salah satu bentuk jenayah yang bukan hanya berunsur ancaman, tetapi juga ugutan jenayah.

“Perkara seperti ini tidak pernah berlaku di Malaysia se­belum ini. Ganjaran ini sudah disiarkan lebih 24 jam, namun tiada sebarang tindakan diam­bil,” katanya kepada pember­ita di sini, semalam.

Beberapa wakil rakyat di Sibu dan bahagian lain negeri ini turut membuat laporan polis terhadap perkara sama.

Sehingga petang semalam, ganjaran yang diberikan kepada individu berjaya menampar Teresa dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,200.

Chong yang juga Ahli Parli­men Bandar Kuching berkata, tawaran terbuka seperti itu sepatutnya tidak berlaku di Malaysia.

Tambahnya, individu yang mendatangkan kecederaan kepada individu lain boleh dikenakan tindakan kerana melakukan ugutan jenayah.

“Sekiranya tiada tindakan diambil dalam masa 12 jam dan sesuatu berlaku kepada Ter­esa, polis patut bertanggung­jawab kerana mengabaikan perkara ini,” ujarnya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending Violet Yong dan ADUN Batu Kawa Cristina Chiew.

Advertisement