Anda di sini

Bekas banduan mengaku tidak bersalah menipu wanita warga asing

Advertisement

MIRI: Seorang bekas band­uan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret pagi semalam terhadap tuduhan menipu seorang wanita warga asing dan meng­gunakan dokumen palsu sebagai tulen untuk tujuan menipu.

Mohamad Zulkaria Mo­hamad Sebli, 35, dari Kam­pung Pangkalan Lutong di sini didakwa atas dua tuduhan masing-masing mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 468 Kanun Kes­eksaan.

Seksyen 420 memperun­tukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun serta boleh disebat dan denda, manakala Seksyen 468 boleh membawa hukuman penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Berdasarkan tuduhan pertama, tertuduh dida­pati menipu seorang wan­ita warga Indonesia dengan mendorong mangsa supaya menyerahkan harta bagi tujuan melakukan proses permohonan taraf ‘Pemas­tautin Tetap’.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10 pagi, sekitar Julai 2013 di kaki lima sebuah bank di Jalan Parry, di sini.

Manakala dalam tuduhan kedua, tertuduh didapati menggunakan dokumen palsu mempunyai kepala surat Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM) Bahagian Miri sebagai tulen bagi tujuan menipu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh sekitar Oktober 2013 di pejabat JPNM Bahagian Miri.

Di hadapan mahkamah, pegawai pendakwa In­spektor Mohd Khairi Mohd Noor memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk pengurusan kes dan per­bicaraan memandangkan tertuduh mengaku tidak bersalah serta minta dibicara lanjut.

Khairi turut mencadang­kan tertuduh dibebas dengan ikat jamin RM5,000 berserta dua penjamin tempatan.

Bagaimanapun, tertuduh dibebaskan dari Penjara Pusat Miri tahun lalu setelah menjalani hukuman penjara dua tahun kerana kesalahan menipu memohon agar jum­lah wang jaminan dikurang­kan kepada RM1,000.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 Februari ini untuk pengurusan kes dan perbicaraan pula ditetapkan pada 18 Mac.

Manakala tertuduh diper­intahkan supaya dibebas dengan ikat jamin RM3,000 berserta dua orang penjamin tempatan sementara men­unggu tarikh tersebut.

 

Advertisement