Anda di sini

Wong jamin segera bina semula restoran terbakar di Batu Lintang

Advertisement

KUCHING: Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Dato Sri Wong Soon Koh semalam memberi jaminan akan segera membina semula restoran makanan laut di Jalan Batu Lintang di sini yang mus-nah dalam kebakaran petang kelmarin.

Bagaimanapun, jelas beliau, pembinaan semula restoran berkenaan hanya akan dapat dilaksanakan selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat mengeluarkan laporan mengenai kebakaran tersebut.

“Saya berharap pembinaan semula restoran ini akan dapat disiapkan dalam tempoh sebulan selepas laporan mengenai kebakaran dikeluarkan.

“Ini bagi memastikan peniaga-peniaga di sini tidak terjejas lama,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak kebakaran, semalam.

Pada sekitar jam 5.50 petang kelmarin, restoran makanan laut berkenaan musnah akibat kebakaran yang dipercayai bermula dari bahagian dapur dan merebak pantas memusnahkan hampir keseluruhan struktur bangunan tersebut.

Justeru, Wong menambah pembinaan semula perlu dilakukan melibatkan keseluruhan bangunan.

Katanya, beliau akan memasti-kan tender bagi projek tersebut dilonggarkan agar kerja pembinaan dapat dilakukan dengan segera.

“Saya tidak mahu terlalu ba-nyak prosedur untuk tender bagi projek ini agar kerja pembinaan dapat dilaksanakan secepat mungkin,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya akan turut membincangkan bantuan untuk peniaga-peniaga yang terjejas.

 

Advertisement