Anda di sini

Warga emas mati dalam van

Advertisement

Mayat mangsa yang ditemui didalam van dipandunya pada malam itu.

KOTA KINABALU: Pengguna jalan raya di Batu 3, Jalan Tuaran berhampiran sebuah stesen minyak di sini gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas yang ditemui terbaring dalam sebuah kenderaan pada insiden malam kelmarin.

Mangsa, Chong Vui Min, 56, dari Kampung Tebobon Menggatal itu ditemui kaku di tempat duduk pemandu dalam van jenis Nissan yang dipandunya kira-kira jam 10.30 malam berkenaan.

Turut dipercayai, sebelum kejadian itu mangsa dikatakan sedang menuju ke pusat bandar dari Likas dengan membawa muatan beberapa kotak telur di dalam van dipandunya.

Pemangku Ketua Polis Kota Kinabalu Superitenden M Chandra berkata, berdasarkan maklumat awal yang diperolehi, mangsa disyaki mengalami serangan jantung setibanya di lokasi terbabit sehingga mengakibatkan van dipandu tersadai di tengah jalan.

“Sepasukan anggota perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati mangsa mempunyai penyakit asma dan lemah jantung berdasarkan keterangan yang diberi oleh keluarga mangsa,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat dan proses tuntutan.

Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Advertisement