Anda di sini

SRS penting tangani jenayah

Advertisement

KOTA KINABALU: Polis Kota Kinabalu mensasarkan lebih banyak pasukan Skim Rondaan Sukarela (SRS) ditubuhkan bagi meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan-kawasan kediaman sekitar ibu negeri pada tahun ini.

Pemangku Ketua Polis Kota Kinabalu Superitenden M Chandra berkata, SRS mampu memainkan peranan penting dalam menangani isu-isu jenayah dan seterusnya membantu polis memperkukuh sistem keselamatan di kawasan penempatan kediaman.

“SRS begitu berperanan dalam membantu polis mengawasi keselamatan di kawasan kediaman masing-masing.

“Sehubungan itu, kita mensasarkan lebih banyak SRS ditubuhkan pada tahun ini sebagai usaha menangani jenayah dari masa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ditemui ketika menghadiri Program Bertemu Pelanggan di Taman Sempelang, Sembulan, di sini, kelmarin.

Mengulas program itu, Chandra berkata pihaknya menerima respon positif daripada penduduk setempat berhubung rondaan berterusan pihak polis menangani isu keselamatan di situ.

“Malah sepanjang tempoh Januari hingga awal Februari ini, kita tidak menerima sebarang laporan berhubung insiden jenayah di kawasan ini dan ia boleh dibanggakan.

“Rata-rata penduduk merakamkan penghargaan kepada pihak polis ke atas rondaan semasa termasuklah respon pantas sekiranya berlaku sesuatu insiden,” katanya.

Advertisement