Anda di sini

Skuad berbasikal sertai beberapa siri perlumbaan di Semenanjung Malaysia

Advertisement

KUCHING: Skuad berbasikal lelaki SUKMA Sarawak akan menyertai beberapa siri per­lumbaan di Semenanjung Malaysia sebagai langkah memantapkan persediaan menghadapi temasya yang akan berlangsung dari 24 Mei hingga 4 Jun 2014 di Perlis.

Kesemua pelumba termas­uk wanita telah berlepas ke Perlis sejak 2 Januari lalu dan akan menjalani latihan hingga SUKMA XVII bermula.

Ketua Jurulatih Dzulkaflee Hassan berkata skuad lelak­inya akan menyertai tujuh perlumbaan didahului dengan Kriterium Shah Alam (15 Februari), Jelajah Remaja Malaysia 2014 di Johor (22-26 Mac) termasuk Kejohanan Lumba Basikal Remaja (leb­uhraya) di Terengganu (11-13 April).

“Persediaan kita berjalan dengan lancar di mana pe­lumba telah menamatkan fasa pertama latihan iaitu membina ketahanan fizikal dan mental,” katanya.

“Berdasarkan perancangan, kita dijangka akan memulakan latihan berat termasuk pecut pada minggu depan.”

Sarawak akan menghantar Awang Adip Awang Sufian, Hamif Kamaludin, Mohd Fitri Hassim, Mahathir Norseman, Awang Adin Awang Sufian, Richard Yii, Garry Tay Yuan Swee dan Neol Lim Boon Hee dalam acara lelaki.

“Saya yakin dengan ke­mampuan pelumba lelaki untuk merangkul lebih ban­yak pingat kali ini. Ini kerana kebanyakan daripada mereka mempunyai pengalaman lebih dari dua tahun dalam perlum­baan basikal.”

Dalam pada itu, Dzulkaflee berkata skuad wanitanya akan diketuai pelumba kebangsaan Caroline George dan Rosnina Minggu.

Rosnina merupakan peme­nang pingat emas dalam acara basikal bukit semasa SUKMA 2012 di Pahang.

Beliau juga akan berlumba dalam acara sama pada SU­KMA XVII di Perlis nanti.

Selain Caroline dan Rosnina, skuad wanita negeri turut di­wakili Aina Zafirah Ahmad Shabry, Nur Azrenna Ahmad Jumry, Carleen Wang, Noris­miza Azeman dan Radin Nur Khaliesha Radin Kristino.

Sarawak akan menyer­tai semua 10 acara yang dipertandingkan dengan sas­aran utama dalam acara ber­basikal bukit.

Acara yang akan disertai ter­diri dari ujian masa perseoran­gan dan berpasukan, kriteri­um, lepas beramai-ramai (per­seorangan dan berpasukan), 200m pecut, 1km, menuruni bukit (basikal bukit), rentas desa perseorangan (basikal bukit) dan BMX.

Advertisement