Anda di sini

‘SEGi Brand Essence’ inisiatif penjenamaan semula SEGi

Advertisement

KUCHING: Kumpulan Universiti SEGi (SEGi), yang merupakan penyedia pengajian tinggi swasta terbesar di Malaysia dari segi jumlah pelajarnya, melancarkan inisiatif penjenamaan semula yang dipanggil ‘SEGi Brand Essence.’

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, ia adalah salah satu inisiatif ke arah menjadikan SEGi sebagai institusi pilihan utama pelajar yang bercita-cita untuk mendapatkan anugerah akademik yang dipacu oleh industri.

“Kami mahu pelajar kami berasa bahawa kehidupan mereka telah ber-ubah menjadi lebih baik apabila mereka belajar di SEGi.

“Kami mahu mereka memberitahu rakan-rakan mereka agar datang dan belajar di sini bagi mengubah kehidupan pengalaman hebat di kampus kami,” kata Pengarah Urusan Kumpulan SEGi, Tan Sri Clement Hii.

‘SEGi Brand Essence,’ merupakan penjenamaan semula yang menjanjikan ‘The Best In You, Made Possible.’

Bagi memenuhi janji penjenamaan itu, ia mempunyai tiga tonggak tindakan iaitu membolehkan minda cerdas, membina kepercayaan bersama dan melakukan perkara berbeza.

“Untuk menyampaikan janji penjenamaan, kami perlu memberi inspirasi kepada mereka yang bercita-cita, iaitu satu matlamat yang bukan mudah untuk dicapai.

“Namun, saya yakin semua individu di SEGi menyahut cabaran kami kerana keupayaan untuk menyesuaikan diri dan berubah menjadi lebih baik yang sudah tertanam dalam diri setiap kakitangan SEGi,” kata Hii.

Hii berkata, mengubah kehidupan orang lain supaya menjadi lebih baik bukan sesuatu yang boleh dilakukan oleh slogan menarik, risalah berwarna-warni atau buku panduan pengguna.

Penjenamaan semula SEGi bertujuan untuk menyatukan semua pihak dalam SEGi supaya memiliki hala tuju yang sama bagi kumpulan, bukan sahaja untuk mengatasi persaingan dalam industri pengajian tinggi, malah berkembang ketika menangani cabaran tersebut.

“Sebelum kita mengubah kehidupan orang lain, kakitangan SEGi perlu mengubah kehidupan mereka dahulu. Kita perlu melihat lebih mendalam dalam diri kita dan mengubah cara kita berfikir serta cara kita melakukan perkara-perkara dan bertindak terhadap situasi,” kata Hii.

SEGi mempunyai lebih daripada 36 tahun pengalaman dan kepakaran dalam industri pengajian, yang semakin meningkat daripada penubuhan kecil dengan hanya sebuah kampus ke kumpulan pendidikan dengan populasi pelajar lebih 28,000 hari ini serta 1,800 kakitangan.

Selain portfolio di SEGi, Hii juga merupakan Pengerusi Eksekutif HCK Capital Group yang mempunyai kepen-tingan perniagaan dalam bidang-bidang yang pelbagai seperti hartanah, media, teknologi maklumat, makanan dan minuman, pembuatan serta pelaburan.

Advertisement