Anda di sini

Penganjuran kejohanan tenis bertaraf antarabangsa menguntungkan

Advertisement

KUCHING: Presiden Per­satuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) Dato Patrick Liew optimis penganjuran sem­bilan kejohanan tenis ber­taraf antarabangsa sepan­jang 2014 dapat menjana sekurang-kurangnya RM1 juta.

Katanya, pendapatan tersebut diperolehi meneru­si perkhidmatan hotel, dobi, pengangkutan, makanan dan penjualan cenderamata.

“Sebagai contoh perole­han dari hotel sahaja mampu menjana sekurang-kurang­nya setengah juta ringgit,” menurut Patrick.

“Hotel Merdeka Palace yang dilantik sebagai hotel rasmi akan memperolehi banyak keuntungan dari penganjuran kejohanan tersebut pada tahun ini.”

Menurut Patrick, indus­tri makanan juga mampu menjana sekurang-kurang­nya RM150,000 hingga RM200,000 ribu.

“Peraturan Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) memperuntukkan setiap pe­main yang menyertai Kejo­hanan Piala Davis dan Piala Fed perlu disediakan sara­pan pagi, makanan tengah hari dan makan malam.

“Oleh itu setiap pasukan akan diberi peruntukan se­banyak US$1,500 bagi kegu­naan makanan, pengangku­tan dan hotel,” katanya.

Jelasnya lagi, perkhid­matan dobi di sini juga menerima tempias dari penganjuran kejohanan tenis bertaraf antarabangsa itu nanti.

Malah, aktiviti perkhid­matan pengangkutan seperti teksi juga dijangka mening­kat dengan kehadiran ramai pemain tenis dari luar negara sepanjang tahun.

“Ini sedikit sebanyak akan membantu menambah pen­dapatan golongan pemandu teksi di sekitar bandaraya Kuching.”

Sembilan kejohanan yang akan dianjurkan oleh SLTA adalah Kejohanan Tenis Remaja Pra-Kelayakan ITF Asia/Oceania Lelaki dan Perempuan (17-23 Febru­ari), Piala Davis Remaja Pra-Kelayakan Asia/Oce­ania ITF dan Piala Fed Remaja Pra-Kelayakan ITF (24 Februari – 2 Mac) dan Sirkit Remaja ITF (Gred 1) Piala Ketua Menteri Sarawak ke-23 (I) pada 11-16 Mac dan ITF Men’s Futures US$15,000 (31 Mac – 6 April).

Ia termasuk Kelayakan Akhir Asia/Oceania Piala Davis Remaja Lelaki 2014 (27 April – 4 May), Kelay­akan Akhir Asia/Oceania Pi­ala Fed Remaja Perempuan 2014 (5 May – 11 Mei), Siri Bawah 14 Tahun Asia ATF ke-10 (17-21 September) dan Sirkit Remaja ITF (Gred 3) Piala Ketua Menteri Sarawak ke-24 (II) pada 14-19 Oktober 2014.

Advertisement