Anda di sini

MRU anjur kejohanan ragbi wanita di Miri

Advertisement

MIRI: Bandaraya Miri ter­pilih sebagai tuan rumah untuk kejohanan ragbi wanita julung kali anjuran Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU) pada 15 Februari ini di padang Universiti Curtin Sarawak.

Jurucakap MRU, Raimi Yusuf memberitahu kejo­hanan dianjurkan berikutan kejayaan MRU sejak pen­genalannya pada 5 tahun lalu.

“Pengenalan ragbi wan­ita sejak lima tahun lalu adalah satu kejayaan dan kita menerima maklum balas yang positif dari kalangan pengge­mar sukan ini. Oleh itu, kami berbangga untuk mengu­mumkan bahawa MRU akan menjadi penganjur kejohanan tahunan ini, “ jelas Raimi.

Sementara itu, Jurulatih Kesatuan Ragbi Bahagian Miri (MDRU), Sylvia Al­exander Lian memberitahu, Miri merupakan antara enam pasukan yang bertandingan dalam pertandingan ragbi tujuh sebelah itu.

“Seksyen Wanita MDRU menghantar satu pasukan untuk mewakili Sarawak. Pemain termasuk lapan dari Miri dan empat dari Kuching yang kebanyakkanya adalah pemain muda berpotensi berusia bawah 18 tahun,’ jelasnya.

Sarawak turut diwakili oleh pasukan UPMKB Dolphin Rugby Club sementara empat pasukan lain ialah dari Sabah dan Kuala Lumpur yang mas­ing –masing menghantar dua pasukan.

Sylvia yang juga merupa­kan Pegawai Pembangu­nan MDRU memberitahu, pemilihan terbuka untuk menganggotai pasukan ke­bangsaan Sukan ASEAN 2014 di Korea dan Sukan Sea 2015 di Singapura juga akan dilakukan selepas hari kejohanan.

Kejohanan bermula jam 9 pagi hingga 4 petang. Pemi­lihan untuk pasukan kebang­saan pada hari seterusnya yang akan diadakan bermula 8 hingga 10.30 pagi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sylvia di talian 012-8774927 atau Raimi di talian 019-319 1061.

mem­

Advertisement