Anda di sini

Serlahkan bakat pada Malam Amal BiFA, 22 Februari

Advertisement

BINTULU: Persatuan Bola Sepak Bintulu (BiFA) akan menganjur Malam Amal BiFA pada 22 Februari ini jam 7.30 malam di Hotel ParkCity Ev­erly di sini.

Presidennya, Duke Janteng berkata, majlis makan malam itu akan dirasmikan oleh Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi) merangkap Menteri Muda Pembangunan Belia (Luar Bandar) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kemena, Datuk Dr Stephen Rundi Utom.

Jelasnya, majlis itu akan turut diserikan dengan pertandingan Karaoke dan Ratu Kebaya termasuk dimeriahkan dengan persembahan oleh artis-artis jemputan tempatan.

Katanya, pertandingan itu terbuka untuk disertai pen­duduk di sini dan yuran peny­ertaan bagi kedua-dua pertand­ingan itu adalah RM15.

Beliau berkata, acara sarin­gan pertandingan karaoke dan ratu kebaya itu akan diadakan pada 21 Februari di hotel yang sama sebelum acara final pada 22 Februari.

Sementara itu, tarikh tutup penyertaan pertandingan ka­raoke dan ratu kebaya itu ialah pada 20 Februari ini.

Menurutnya, beberapa anugerah dan sumbangan un­tuk anak-anak yatim akan turut disampaikan pada malam itu.

Sebelum itu katanya, pada sebelah siangnya sepak mula kejohanan Liga Bola Sepak Piala Datuk Seri Tiong King Sing akan dilangsungkan ber­mula pada jam 2.30 petang di Stadium Mini Bintulu yang dijangka akan dirasmikan oleh Tiong sendiri.

Katanya, untuk keterangan lanjut dan mendapatkan borang penyertaan boleh menghubun­gi Ali Sabri Saber Ali Khan di talian 016-8738604 dan Baizura Daud(014-2881514).

Advertisement