Anda di sini

Satu laluan ke pontun jeti sudah dibaik pulih

Advertisement

MUKAH: Salah satu laluan ke pontun jeti awam di tebingan Sungai Mukah di sini sudah dibaiki oleh pihak bertanggungjawab pada 12 Januari lepas.

Mengulas mengenai aduan penduduk tempatan mengenai perkara tersebut semalam, jurucakap pihak terbabit memberitahu kerja- kerja baik pulih laluan sementara segera dilaksanakan bagi memastikan jeti berkenaan dapat digunakan oleh orang awam.

Menurutnya lagi, satu lagi laluan ke ponton berkenaan sudah terlalu berkarat dan tidak dapat digunakan, namun pihak bertanggungjawab sentiasa mengambil perhatian terhadap perkara itu.

Katanya, kerja-kerja baik pulih laluan tersebut akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

 

Advertisement