Anda di sini

Restoran makanan laut di Batu Lintang musnah dalam kebakaran

Advertisement

Api marak memusnahkan restoran itu.

KUCHING: Sebuah restoran makanan laut di Jalan Batu Lintang di sini musnah dalam kebakaran, petang semalam.

Difahamkan, api yang bermula dari bahagian dapur restoran tersebut merebak dengan pantas memusnahkan hampir keseluruhan struktur bangunan tersebut dalam insiden yang berlaku sekitar jam 5. 50 petang.

Jurucakap bomba berkata, seramai 15 anggota dari Balai Bomba Batu Lintang dan Padungan bergegas ke tempat kejadian diketuai oleh Pegawai Bomba Awang Saiful dan Mohd Azlee.

“Jentera sampai di tempat kejadian pada jam 5. 54 petang, di mana api berjaya dikawal pada jam 6. 02 petang dan padam sepenuhnya pada jam 6. 14 petang,” kata jurucakap bomba berkenaan.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

MUSNAH: Keadaan restoran makanan laut di Jalan Batu Lintang, Kuching selepas
kebakaran, petang semalam.

 

Advertisement