Anda di sini

Rahmat, keluarga perlu bantuan

Advertisement

KUCHING: Rahmat Mohd Mostapha, 9, mungkin kelihatan seperti kanak-kanak lelaki normal sebayanya.

Ini kerana sikapnya yang ceria, aktif dan suka bermain bola menyebabkan orang ramai tidak menyangka Rahmat mempunyai kekurangan yang tidak kita duga sama sekali.

Menurut bapanya, Mohd Mostapha Alwi, 38, Rahmat dilahirkan tanpa dubur dan alat kelamin.

“Keadaan tersebut menye-babkan Rahmat tidak dapat membuang air besar dan dia terpaksa menjalani satu siri pembedahan untuk mewujud-kan soket atau dubur pada perutnya.

“Syukur selepas pembedahan dilakukan, kini dia dapat membuang air besar. Namun begitu, Rahmat perlu membawa beg buangan khas yang diletakkan di perutnya dan menggunakan lampin pakai buang kerana dia juga menghadapi masalah mengawal kencingnya,” katanya.

Mostapha berkata demikian ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Rampangi Fasa 1, Jalan Sultan Tengah dekat sini, semalam.

Tambahnya, Rahmat perlu sentiasa dipantau disebabkan dirinya yang sensitif dan mudah terdedah kepada jangkitan.

Sementara itu, ibunya, Musliha Nawawi, 35, memberitahu, sejak dilahirkan anak keempat daripada lima adik beradik itu telah menjalani beberapa pembedahan.

Bukan itu sahaja, setiap enam bulan, Rahmat perlu menjalani pemeriksaan kesihatan oleh tiga doktor pakar di Hospital Umum Sarawak bagi memeriksa usus, tulang pinggul dan buah pinggangnya.

“Doktor memberitahu bahawa pembedahan ke atas Rahmat akan berterusan apabila usia meningkat bagi menyesuaikan dengan diri-nya,” jelasnya.

Mostapha yang hanya be-kerja sebagai penjual ikan mengakui bahawa pendapatannya tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan anaknya.

“Setiap bulan dianggarkan RM600 diperuntukkan untuk membeli kelengkapan seperti beg sisa buangan khas yang hanya dijual di hospital dan lampin serta perubatan Rahmat.

“Rahmat menggunakan beg buangan khas yang kosnya kira-kira RM120 sekotak (10 biji sekotak) untuk seminggu dan 50 hingga 60 lampin untuk sebulan bergantung pada pemakanan dan aktiviti hariannya,” ujarnya.

Walaupun turut mendapat bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masya-rakat (JKM) dan Tabung Baitulmal Sarawak, namun baginya ia masih tidak mencukupi.

“Bukan hanya membeli kelengkapan dan perubatan, kami terpaksa menyewa rumah berdekatan dengan sekolah kerana setiap kali beg buangan khas dan lampin Rahmat penuh, ibunya terpaksa membawanya pulang untuk menukarnya,” jelasnya.

Oleh yang demikian, Mostapha dan Musliha berharap agar terdapat bantuan lain bagi membantu mereka sekeluarga terutamanya Rahmat.

Sementara itu, nasib yang menimpa Rahmat mendapat perhatian daripada ramai pihak termasuk isteri kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datin Feona Wan Junaidi.

Semasa lawatan di kediaman Mostapha semalam, beliau turut menyampaikan sumbangan peribadinya.

Fiona memberitahu beliau akan berusaha untuk membantu Rahmat dan cuba mencari bantuan bagi membantu meringankan beban keluarga tersebut.

Turut hadir menyampaikan sumbangan ialah Tabung Baitulmal Sarawak dengan pemberian makanan keperluan asas seperti beras, gula, roti, kopi, susu dan mi segera.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun bank Mostapha, 1-61011-0003145-6 (RHB Islamic Bank) atau menghubunginya menerusi talian 016-8722127.

Advertisement