Anda di sini

Persatuan Orang Buta anjur Pesta Makanan 27 April

Advertisement

KUCHING: Persatuan Orang Buta Sarawak Cawangan Kuching akan mengadakan Pesta Makanan Amal Tahunan pada 27 April depan bertempat di pusat mereka yang terletak di Jalan Ong Tiang Swee, di sini.

Justeru, persatuan menjemput badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta organisasi lain untuk bersama-sama terlibat dalam aktiviti amal tersebut sama ada dengan membuka gerai, menjual tiket atau membuat kutipan dana.

Persatuan Orang Buta Sarawak ditubuhkan pada 1960 untuk membantu orang buta atau cacat penglihatan di Sarawak dan turut memainkan peranan yang signifikan menerusi program serta aktiviti pencegahan kebutaan.

Antara program yang dijalankan ialah latihan mengurut, latihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), program pemulihan, latihan pergerakan dan orientasi dan banyak lagi.

Semua aktiviti ini telah disokong oleh pelbagai organisasi dan NGO, pihak korporat serta orang awam.

Tahun ini, Persatuan Orang Buta Sarawak menyasar untuk memperolehi dana sebanyak RM100,000.

Advertisement