Anda di sini

Pelajar TCS anjur aktiviti masyarakat

Advertisement

KUCHING: Unit Khidmat Masyarakat Kolej Teknologi Sarawak (TCS) menganjurkan aktiviti membuat dan menghias gelang tangan daripada butang baju dan manik, baru-baru ini.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan semalam, objektif aktiviti adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dan belia tentang kepentingan aktiviti khidmat masyarakat.

Malahan, aktiviti seperti itu dapat membantu para pelajar untuk lebih memahami kepentingan memberi sumbangan kepada masyarakat kurang bernasib baik.

“Gelang-gelang tangan yang telah siap akan dihadiahkan kepada penghuni Rumah Orang Tua Seri Kenangan di Kota Samarahan.

“Kami berharap agar aktiviti seperti ini dapat diteruskan sebagai permulaan yang baik kepada generasi muda supaya sedar akan tanggungjawab mereka kepada masyarakat,” menurut kenyataan itu.

Advertisement