Anda di sini

Kereta dilarikan ditemui semula dua jam kemudian

Advertisement

SIBU: Sebuah kereta Per­odua Myvi yang dilarikan oleh individu tidak dikenali di hadapan sebuah rumah di Jalan Pigeon di sini awal pagi semalam ditemui semula dua jam kemudian.

Dalam kejadian pada jam 5.30 pagi itu, pengadu dika­takan baharu tiba di hadapan pintu pagar rumahnya.

Pengadu kemudiannya keluar tanpa mematikan enjin keretanya untuk mem­buka manga pintu pagar apabila seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba masuk ke dalam kereta dan memecut lari dari situ.

Pengadu hanya mampu memerhatikan keretanya dilarikan tanpa dapat berbuat apa-apa.

Susulan itu, satu laporan polis mengenai kejadian itu telah dibuat di Balai Polis Sentral pada pagi tersebut.

Bagaimanapun, polis menerima maklumat awam mengenai sebuah kereta yang ditemui ditinggalkan di sebuah kawasan lapang di Jalan Tong Sang di sini pada jam 7.30 pagi yang sama.

Kereta tersebut telah dibawa ke Balai Polis Sen­tral dan disahkan milik pengadu.

Tidak diketahui sama ada kereta yang telah digunakan untuk tujuan jenayah atau sebaliknya.

Advertisement